Sunday, 13 September 2009

setitis cahaya di aldilfitri

Di sekitar suria yang menyinar Hadirnya mendung meliput cahaya Di sebalik senyum tawa riang Timbul tangis hiba di fajar mulia Kekosongan melanda diriku Bak sembilu menyayat di kalbu Mengenang nasib diri sebatang kara Mengharungi cabaran berliku Takbir menusuk jiwa ku Terkenangkan kisah-kisah lalu Keinsafan menghantui diri Berkekalan 'kan ku ulang kembali Sepatah doa mengiring diri Setitik cahaya untuk meniti Pedoman buat di hari muka Moga ketenangan teman yang setia

rindu ramadhan...

Mulakan dengan Bismillah Seterusnya niat bertaqwa Ramadan yang mulia Akan sempurna Di malam kemuliaan Sesungguh telah di turunkan Malam yang utama Lailatul Qadar Turunlah malaikat dan roh Diizin Tuhan mereka Membawa segala-gala Dari setiap peringkat Sejahteralah malam Sehingga menjelang fajar suci Tenteram ku rasa Di Aidilfitri